MENJAGA KEBAJIKAN HAIWAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA!
Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban telah memasang Papan Tanda berkaitan amaran penderaan haiwan bagi tujuan kempen kesedaran di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Kempen kesedaran ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kebajikan haiwan. Pemasangan papan tanda ini melibatkan beberapa lokasi
hotspot seperti :
2. Medan Selera Taman Blossom, Seremban
3. Merchant Square, Sendayan
4. Dataran Centrio Seremban 2
5. Medan Selera Temiang, Seremban
6. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
Laporakan sebarang pengabaian atau kezaliman terhadap haiwan di persekitaran anda. Sila layari laman web https://awa.dvs.gov.my/ atau hubungi talian 06-7628857 untuk melaporkan sebarang aduan berkaitan kebajikan haiwan.