PIAGAM PELANGGAN

Kami berazam untuk "Berbakti Ke Arah Kesempurnaan" dalam menyampaikan perkhidmatan veterinar kepada pelanggan-pelanggan kami.

  1. Memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada cadangan-cadangan projek ternakan yang dirujuk dalam tempoh 30 hari daripada tarikh terima.
  2. Memastikan suasana perkembangan serta aliran pertumbuhan industri ternakan dilaksanakan di peringkat daerah dengan penglibatan sektor swasta, individu-individu dan penternak tradisional dilaksanakan mengikut dasar-dasar serta peraturan kerajaan.
  3. Memastikan aliran penyampaian maklumat tentang perkembangan industri ternakan dapat di salurkan kepada kakitangan Jabatan dan pengusaha-pengusaha ternakan dalam tempoh 14 hari.
  4. Memastikan, perancangan, penyeliaan dan penyelarasan projek-projek pembangunan industri ternakan peringkat negeri selaras dengan dasar-dasar pembangunan kerajaan yang ditetapkan dari masa ke semasa.
  5. Melayani dan menjawab kesemua aduan rasmi/tidak rasmi berkaitan Industri Ternakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima aduan rasmi tersebut.
  1. Komitmen kami ialah untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan.
  2. Memberikan perkhidmatan yang baik berhubung dengan pencegahan, pengawalan dan pembasmian penyakit bedah siasat dan ujian penyakit dengan kadar segera bergantung kepada kepentingan kes.
  3. Menjamin tindakan dan pengawalan yang ketat dan pantas sekiranya berlaku wabak penyakit untuk mengelakkannya dari merebak dan dapat dibanteras dalam jangkamasa 14 hari.
  4. Meluluskan permohonan permit impot/ekspot yang tidak memerlukan dokumen AP dan telah memenuhi peraturan dan syarat beserta dokumen-dokumen yang lengkap dalam tempoh setengah jam.
  5. Meluluskan permohonan permit impot/ekspot yang memerlukan dokumen AP dan telah memenuhi peraturan dan syarat beserta dokumen-dokumen yang lengkap dalam tempoh 2 hari.
  6. Meluluskan permohonan lesen menternak yang telah memenuhi peraturan dan syarat beserta dokumen-dokumen yang lengkap dalam tempoh 15 -30 hari.
  1. Menjamin setiap Pegawai dan Kakitangan tetap menerima gaji sebelum akhir bulan.
  2. Memastikan semua tuntutan elaun perjalanan kakitangan dikemukakan ke Pejabat Pembayar tidak lewat daripada 10 haribulan berikutnya.
  3. Memastikan bil-bil dari pembekal (yang telah disahkan) diproses pembayarannya dalam masa 5 hari selepas bil diterima.
  4. Memastikan keperluan alat tulis dan kelengkapan pejabat dibekalkan kepada kakitangan dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan diterima.
  5. Mematikan pengedaran fail dan surat kepada pegawai/kakitangan yang terlibat dalam tempoh 2 hari.
  6. Memastikan segala aduan kerosakan di Bangunan Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang dilaporkan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.
  7. Memproses dokumen-dokumen persaraan untuk dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan/Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Kuala Lumpur 12 bulan sebelum tarikh persaraan.
  8. Sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan/layanan yang berkualiti, tepat, cepat dan sempurna kepada semua pelanggan-pelanggan.
  1. Kami akan memastikan sebarang perpindahan ternakan di antara daerah-daerah atau negeri-negeri mempunyai Sijil Kesihatan Veterinar untuk kawalan penyakit ternakan.
  2. Kami akan memastikan penjualan daging ternakan yang dipasarkan adalah dari abatoir yang diluluskan.
  3. Setiap aduan yang diterima akan diambil tindakan ke arah penyelesaian masalah dalam masa 7 hari.
  4. Sebarang kes penyiasatan untuk tindakan akan disempurnakan dalam tempoh 14 hari selepas kes diterima.
  5. Kami akan memastikan pembangunan ladang ternakan adalah mengikut peraturan yang ditetapkan.
  6. Melayani dan menjawab kesemua aduan rasmi/tidak rasmi berkaitan Unit Penguatkuasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima aduan rasmi tersebut.
  1. Kami berazam akan melayani anda untuk perkhidmatan Veterinar di pejabat dalam tempoh setengah jam dan untuk perkhidmatan luar akan diberikan pada hari yang sama atau hari berikutnya bergantung kepada kepentingan kes.
  2. Memastikan suasana perkembangan serta aliran pertumbuhan industri ternakan yang hendak dan akan dilaksanakan di peringkat daerah dengan penglibatan sektor swasta, individu-individu dan penternak tradisional dilaksanakan mengikut dasar-dasar serta peraturan Jabatan yang telah ditetapkan.
  3. Memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada cadangan-cadangan projek ternakan yang dirujuk dalam tempoh 30 hari daripada tarikh terima.
  4. Melayani dan menjawab kesemua aduan rasmi/tidak rasmi berkaitan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima aduan rasmi tersebut.
 veterinar

Jabatan Perkhidmatan Veterinar NS Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 606 - 762 8857
Faks : 06 - 762 9022
E-mel: jpvns@ns.gov.my

PENAFIAN

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Search